PS2 WE09 Championship 2 - Qualifying 2

Pendaftaran dibuka sekarang!!!

Bawa rakan-rakan anda dan daftar sekurang-kurangnya 5 slot dan kami akan beri anda 1 slot PERCUMA!!!

Lagi banyak slot yang didaftar lagi banyak slot PERCUMA yang anda akan dapat.

Update!!

43 orang gamers telah mengambil bahagian pada sesi saringan ke-2 hari ini dan yang teramai setakat ini. Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir dan memberi sokongan kepada pertandingan ini. Pada kali ini juga terdapat ramai muka2 baru yang mengambil bahagian, ada yang layak dan juga ada yang tidak berjaya. Kepada mereka yang layak, tahniah kami ucapkan dan kepada yang tidak bernasib baik, janganlah berputus asa kerana untuk Championship 2 ini, masih terdapat dua kali peringkat saringan pada hari Ahad ini dan hari Sabtu minggu berikutnya sebelum perlawanan peringkat akhir.

Selepas melalui perlawanan yang mendebarkan, seramai 8 orang terbaik telah berjaya masuk ke peringkat akhir iaitu:-

1. Afiq
2. Afiq
3. Effy
4. Effy
5. Naruto
6. Naruto
7. Pidot
8. Azreen

Tahniah kepada mereka yang layak dan terima kasih kepada semua yang hadir. Qualifying 3 akan berlangsung pada hari Ahad, 21 Mei 2009. Kepada yang tidak bernasib baik pada hari ini, datanglah mencuba pada minggu hadapan. Jangan lupa bawa rakan2 berdaftar untuk mendapat slot PERCUMA.

Akhir sekali, Let's Play Console Games