PS2 WE09 Championship 3 - FINAL!!!

Setelah melalui perlawanan yang sungguh mendebarkan dan dipenuhi dengan beberapa drama dan kejutan, akhirnya Shige telah muncul sebagai juara edisi ketiga pertandingan ini dengan menumpaskan Wan di perlawanan akhir. Dengan kemenangan ini menjadikan Shige juara berganda setelah memenangi edisi pertama pada bulan Mei yang lalu.

Tempat ke-3 jatuh kepada E-One, adik kepada otai winning eleven iaitu Effy. Terdapat sedikit kontroversi dalam perlawanan yang membabitkan E-One dan lawannya dimana lawan2nya merasakan E-One tidak bermain secara "gentleman" kerana stategi defensive yang digunakan setelah mendahului pihak lawan. Kami dari pihak penganjur tidak menyebelahi mana2 pihak tapi berpendapat tiada salahnya bermain secara defensive kerana defensive juga adalah salah satu strategi yang boleh digunakan dan tidak menyalahi mana2 peraturan pertandingan.

Tempat ke-4 pula jatuh kepada GE, abang kepada Nom3y yang boleh dikatakan bintang muda yang sedang meningkat naik di dalam arena winnning eleven ini, walaupun pada kali ini tidak bernasib baik kerana tewas kepada defensive strategy yang digunakan oleh E-One di peringkat suku akhir. GE juga menerima nasib yang sama seperti adiknya dan tumpas kepada E-One di dalam perebutan tempat ke-3.

Keputusan penuh bagi 8 tempat teratas adalah seperti berikut:-

Juara: Shige
Naib Juara: Wan
Ke-3: E-One
Ke-4: GE
Ke-5 hingga ke-8: Grey, Ally, Nom3y & Shige


Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan juga semua yang mengambil bahagian pada Championship 3 kali ini. Kepada yang kurang bernasib baik pada kali ini, anda semua boleh cuba lagi pada Championship 4 yang akan berlangsung pada bulan Oktober nanti.

Kepada pemenang 4 tempat teratas Championship 3; Shige, Wan, E-One dan GE, anda semua dilarang menyertai Championship 4 dan hanya boleh menyertai kembali di Championship Grand Final. Bagi Shige pula, slot automatik anda ke Championship Grand Final juga terbatal kerana peraturan pertandingan yang hanya membenarkan hanya 1 slot sahaja di Championship Grand Final.

Akhir sekali, Let's Play Console Game