Showing posts with label tournament. Show all posts
Showing posts with label tournament. Show all posts

PS2 WE09 Championship 1 - FINAL!!!

Semalam, Ahad, 31 Mei 2009, seramai 32 gamers yang layak dari 4 peringkat saringan berentap untuk muncul johan edisi pertama dari keseluruhan pertandingan ini.

Setelah cabutan undi dilakukan, 32 gamers dibahagikan di dalam 8 kumpulan dan bermain secara round robin. Johan dan naib johan setiap kumpulan berjumlah 16 orang gamers semuanya mara ke pusingan berikutnya dan dibahagikan kepada 4 kumpulan dan sekali lagi bermain secara round robin.

Setelah melalui perlawanan yang sengit, akhirnya johan dan naib johan setiap kumpulan berjumlah 8 orang gamers semuanya mara ke pusingan suku akhir - pusingan kalah mati.

Di dalam peringkat suku akhir ini, 2 orang gamers telah berjaya melayakkan kedua2 slot mereka iaitu Air Fee dan juga Nom3y. Dalam pusingan kalah mati ini, selepas undian dilakukan, carta perlawanan adalah seperti berikut:-

Suku Akhir

Air Fee vs Fit3 = Fit3 layak ke separuh akhir
El Nino vs Shige = Shige layak ke separuh akhir
Air Fee vs Nom3y = Nom3y layak ke separuh akhir

Dewat vs Nom3y = Dewat layak ke separuh akhir

Separuh Akhir

Fit3 vs Shige = Shige layak ke peringkat akhir
Nom3y vs Dewat = Dewat layak ke peringkat akhir

Perlawanan diantara Shige dan Fit3 berlangsung sengit dimana Shige mendahului dengan 1-0 diawal permainan. Fit3 banyak melepaskan dan memsia2kan peluang untuk menjaringkan gol. Dalam separuh masa kedua, Fit3 berjaya menjadikan kedudukan 1-1 tetapi Shige berjaya menjadikan kedudukan 2-1 selang beberapa minit kemudian dah berjaya menahan asakan Fit3 dan mengekalkan kedudukan sehingga wisel penamat.

Perlawanan diantara Dewat dan Nom3y juga berlangsung sengit dengan Nom3y berazam untuk menebus kekalahanya kepada Dewat di peringkat suku akhir. Setelah bertarung selama 10 minit, Nom3y akhirnya terpaksa akur juga dengan kehebatan Dewat dan tewas buat kali kedua dan memberi laluan kepada Dewat ke perlawanan akhir bertemu Shige.


Perlawanan tempat ke-3 dan ke-4
Nom3y vs Fit3

Nom3y berjaya menewaskan Fit3 dengan jaringan 2-1 untuk mendapat tempat ketiga

Perlawanan akhir - Johan dan Naib Johan
Shige vs Dewat

Shige berjaya menewaskan Dewat dengan jaringan 2-1 untuk muncul sebagai johan edisi pertama Monster Crew's PS2 WE09 Championship. Dengan ini juga, secara automatiknya, Shige dan Dewat telah menempah tempat ke peringkat akhir Championship Grand Final yang akan berlangsung pada 6 Disember 2009

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan juga semua yang mengambil bahagian. Kepada yang kurang bernasib baik pada kali ini, anda semua boleh cuba lagi pada championship2 berikutnya.

Championship 2 akan bermula pada hari Ahad, 7 Jun 2009. Semua dijemput hadir. Kepada pemenang 4 tempat teratas Championship 1; Shige, Dewat, Nom3y dan Fit3, anda semua dilarang menyertai Championship 2 dan hanya boleh menyertai kembali di Championship 3 dan/atau Championship 4.

Akhir sekali, Let's Play Console Game

PS2 WE09 Championship 1 - 3rd Qualifying

Today is the 3rd qualifying of the tournament. We hope to see more winning kakis today compared to yesterday and also last week.

Come on guys!!!

The on-site registration is now open!!

Update:

20 gamers took part for today qualifying session. Thanks to muksin, syazwan, erwan, nonam3z, ujeng, farhruddin, ibin, firdaus, dds, zafran, ijat, kid, aqbar, mike, aban, zharif, apiz, na'im, grey, syed muhammad and zuan.

Today we select 10 best gamers to battle in the final as follows:-

1. Izzat
2. Grey
3. Aqbar
4. Aqbar
5. Naim
6. Fakhruddin
7. Apiz
8. Erwan
9. Erwan
10. Ujeng

Congratulations to all finalist and thanks to all participants. For those who failed for today attempt, you will have your last chance next week on 30 May 2009 because there are 10 slots available to be filled. So see you guys again next week.

Lastly, Let's Play Console Games

PS2 WE09 Championship 1 - 2nd Qualifying - D Day

Pendaftaran dibuka sekarang!!!

Ayuh winning kakis... join the tournament and show your skill now... Who knows... maybe today is your lucky day...

Update:

Seramai 10 orang peserta telah mengambil bahagian pada saringan kali ini. Terima kasih diucapkan kepada El Nino, Mox, Ibin, Buza La, Man, Ammar, Elfi, Syah, Yan dan Addi yang telah hadir pada hari ini.

Sama seperti minggu lepas, disebabkan kurangnya peserta seperti yang diharapkan, maka pihak penganjur terpaksa merombak sekali lagi format saringan dan seperti minggu lepas, seramai 6 orang peserta lagi telah terpilih untuk berentap di peringkat akhir pada 31 Mei nanti. Peserta2 yang layak adalah seperti berikut:-

1. El Nino
2. El Nino
3. Buza La
4. Syah
5. Yan
6. Amar

Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang layak keperingkat akhir. Terima kasih juga diucapkan kepada semua yang hadir. Kepada mereka yang tidak berjaya, boleh lagi mencuba esok dan juga pada saringan terakhir 30 Mei 2009.

Akhir sekali, Let's Play Console Games